Sistem Pull-Back & Lapisan Multi
Menyokong pencetakan susulan tanpa henti dan rekaan tiga lapisan yang kompleks (warna-putih-warna, dll.) sekaligus menambah kepelbagaian kepada projek anda.
Sambungan Plotter Seamless
Teknologi RasterLink7 membolehkan anda mencetak reka bentuk dan menghantar maklumat pemotongan secara automatik ke plotter pemotongan Mimaki yang bersambung.
Fungsi Penjimatan Dakwat
Penjimatan kos dakwat hingga 50% sambil mengekalkan keseimbangan warna yang cerah dalam cetakan anda.
Maintenance Automatik
Menjaga serta membersihkan sistem dakwat dan kepala pencetak sekaligus dapat mengurangkan gangguan teknikal dan penyelenggaraan manual.
Finishing Glossy & Matte
Pemilihan penampilan akhir yang menarik.
Menawarkan glossy untuk warna yang cerah dan matte untuk penampilan yang lebih halus dan sopan.
Dakwat Eco GREENGUARD
Selamat untuk digunakan dalam bangunan, memenuhi piawaian alam sekitar yang ketat dengan pelepasan bahan kimia yang rendah
Dakwat UV Pengeringan
Membolehkan cetakan kering serta merta tanpa perlu menunggu secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti.
Mengendalikan perniagaan percetakan adalah sukar, anda perlu fokus pada operasi untuk menghasilkan kerja yang lebih berkualiti , perlu pendedahan lebih kepada pelanggan untuk mendapatkan jualan dan mengharapkan peralatan percetakan anda tidak rosak.
Walaupun anda melakukan semua itu dengan sempurna, terdapat permintaan yang lain daripada pelanggan atau printer yang lebih banyak fungsi serbaguna untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti percetakan anda.
Mengikuti arus semasa adalah sukar, tetapi kami ada cara untuk membantu anda.
Laporan Pasca Pandemik Covid-19 untuk Industri Percetakan.
Menurut Journal of Print and Media Technology Research:-
"Industri percetakan secara global, dianggap menjunam, dengan peningkatan digitalisasi."
"Semakin ramai orang beralih ke arah digital daripada bahan cetak. Penerbitan percetakan seperti surat khabar, majalah, dan buku adalah yang paling teruk terjejas."
Jadi, apa maknanya ini untuk anda?
Pertama, pandemik Covid-19 telah mempercepatkan perubahan, Perniagaan yang tidak sesuai mengikuti arus semasa mungkin sudah tidak relevan.
Kedua, penekanan dalam inflasi. Kos melambung; gaji lebih kompetitif sekarang. Mata wang Ringgit Malaysia yang lebih kuat sekarang menandakan ia tidak mungkin akan turun semula.
Tetapi, ada berita baik.
Industri percetakan tidak mati, laporan Jurnal juga mengesahkan bahawa sektor yang berkaitan dengan pembungkusan dan percetakan label telah melihat pertumbuhan yang ketara.
Percetakan digital sedang meningkat, ada yang berkata margin keuntungan lebih baik daripada percetakan offset.
Inilah yang sedang berlaku...
Terdapat printer baru yang dijual dengan jenama yang anda tidak pernah lihat sebelum ini. Sesetengah penjual printer mencari printer kos rendah, menjualnya murah, menjanjikan jaminan seperti biasa.
Di sinilah bermulanya mimpi ngeri untuk syarikat percetakan.
Pernahkah anda fikirkan apa yang berlaku selepas jaminan tamat?
Penyimpanan printer yang lama tanpa perlindungan jaminan menambah kesan dengan kos-kos yang tersembunyi. Lebih banyak kekurangan yang dihadapi seperti kos yuran teknikal dan tempoh masa alat penggantian yang kemungkinan lebih lama akan memakan margin tanpa disedari.
Inilah cara kami membantu anda.
Anda sekarang boleh mengambil kelebihan Program Perkongsian Sewa kami.
Ini bukan hanya tentang menyewa printer; ia tentang meningkatkan perniagaan anda, memaksimumkan margin keuntungan menjaga kualiti cetak dengan teknologi pencetakan terkini.
Dengan Program Perkongsian Sewa kami anda tidak perlu risau tentang membayar kos tersembunyi, kos servis serta penyelenggaraan dan kesan kekurangan printer lama yang akan memakan margin perniagaan anda. Kami menanggung segalanya.
Mengapa sewa adalah alternatif yang baik?
1. Margin Keuntungan Lebih Tinggi
Pengendalian secara dalaman bersama kualiti kerja yang lebih baik dan keuntungan yang lebih tinggi. Sewa dan cetak untuk merasa perbezaan keuntungannya!
2.Naik Taraf Seumur Hidup
Teknologi yang sentiasa berkembang mengikuti arus semasa mungkin memberikan lebih banyak kekurangan jika anda membeli peralatan daripada menyewa. Kerana peralatan yang anda beli hari ini mungkin menjadi salah satu peralatan yang sudah lapuk dan tidak relevan pada hari esok. Dengan keputusan untuk menyewa, anda tidak terikat dengan sebarang peralatan dan boleh menaik taraf dengan sangat mudah pada bila bila masa.
3. Pelepasan Cukai
Dengan pembelian printer baharu, anda tidak boleh failkan sebagai perbelanjaan. Tetapi untuk sewaan, ia dianggap sebagai perbelanjaan operasi dimana anda boleh mendapatkan pelepasan cukai dari pendapatan perniagaan anda.
4. Printer Baru
Dapatkan printer Mimaki UJV100-160 Plus terkini yang dihantar terus ke depan pintu anda. Mengapa harus terikat dengan peralatan lama dan terpakai jika anda mampu memiliki teknologi baru yang terkini di tangan anda, tanpa kos awal membeli yang baru.
5. Jaminan Termasuk (Print Head)
Nikmati perlindungan jaminan apabila anda menyewa. Printer yang datang dengan jaminan seumur hidup, termasuk kepala pencetak. Dengan menyewa anda tidak perlu risau tentang kos penyelenggaraan yang mungkin tinggi dan memberi kesan kepada keuntungan anda.
6. Penyelenggaraan Percuma
Rancangan penyelenggaraan kami adalah untuk memastikan printer anda sentiasa berjalan lancar. Demi memastikan anda fokus kepada bisnes sebagai balasan pihak kami akan terus menjaga mesin anda dalam keadaan yang baik - tanpa sebarang caj dan kos tambahan yang akan dikenakan.
Program penyewaan ini sesuai untuk perniagaan yang banyak jualan tetapi tidak memiliki peralatan yang lengkap dan sempurna untuk mencetak dengan lebih banyak dan cepat.
Ini juga adalah salah satu cara untuk pencetak offset dengan menambah penyelesaian pencetakan UV ke dalam perniagaan mereka.
Stok kami yang sangat terhad, rebutlah sekarang sementara masih ada peluang!
Anda boleh mulakan dengan pembayaran awal yang berpatutan, kadar bulanan yang rendah dan kelebihan untuk memilih pemilikan fleksibel di penghujung kontrak.
Masih tidak pasti apa yang anda boleh cetak?
Kami adalah satu-satunya Pembekal Peralatan Percetakan Serantau & Penyelenggara dengan 26 Tahun pengalaman perkhidmatan di tapak yang terbukti merentasi Malaysia, Borneo, Singapura & Brunei.
Berbeza dengan pesaing yang mendakwa liputan di seluruh dunia; pusat servis kami ditempatkan dengan lebih strategik, pekerja yang cukup dan bersedia demi berkhidmat untuk anda!
Tiada penangguhan, serendah 24 hingga 48 jam Masa Respons bila-bila masa anda perlukannya.
Sila Baca Sebelum Menyertai Senarai Menunggu Kami:
Program Perkongsian Sewa ini BUKAN untuk Semua Orang; kami tidak bekerjasama dengan perniagaan yang tiada pendapatan perniagaan, atau permulaan yang benar baru.
Setelah kami mencapai kuota komitmen tahunan kami Program Perkongsian Sewa ini akan dihentikan tanpa memberi notis terlebih dahulu.
Tetapi jika anda adalah salah satu perniagaan yang berjaya masuk, anda boleh terus menikmati semua manfaat seperti yang dijanjikan kepada anda!
The person in charge of your region will reach you within 1 or 2 day.